Tuesday 6 December 2011

CONTEST : aZaM sMarT MaaL HijRaH by DRC & CTK

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته ورضوانه
Salam sejahtera dan salam ceria buat semua^_^….lama tak update blog yang usang nie.. Kalau ikutkan hati,nak je wat blog baru..tapi, bila satu hari terserempak sesuatu:
Objektif Contest :
1. Memberi peluang kepada bloggers untuk mempunyai 1 azam sempena maal hijrah

Syarat-syarat penyertaan :
1. Beragama Islam
2. Buat satu entry dengan tajuk entry contest ni dan tampal banner Contest Azam Smart Maal Hijrah 1433H dan linkkan pada entry ini..
3. Berikan 1 Azam Maal Hijrah dan nyatakan sebab kenapa anda memilinya. 
Azam tu mestilah menepati ciri-ciri"S.M.A.R.T"
-S : smart (baik/elok)
-M : measureable (boleh diukur)
-A : attainable (boleh dicapai)
-R : realistic (logik/masuk akal)
-T : timely (mengikut masa/tempoh)
4. Follow blog sponsor kami seperti dibawah:
5. Dan terakhir,, tanda (tag) contest ini kepada 3 orang rakan anda.
5 STEP UNTUK DAPAT PAHALA DAN HADIAH PERCUMA!!

Wah3…..hurm..bunyi macam best…apa kata try..? ^_^
Anyway, first sekali saya nak wish SALAM MAAL HIJRAH 1433H kepada semua muslimin dan muslimat…semoga tahun baru ini dapat menambahkan iman kita kepada Rabbul-Izzati…
Jom sama-sama hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik…semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari-hari akan datang lebih lebih baik dan bermakna daripada hari-hari sebelumnya…aminn^_^
Bersempena dengan tahun baru nie,saya mempunyai satu azam yang SMART…!!! Haaaaa….nak tau apa tue??
<<Saya berazam untuk menjadi sahabat yang baik dan mengasihi serta menghargai sahabat-sahabat saya…ALLAH2…indahnya sebuah persahabatan tetapi rugilah bagi mereka yang tidak menghargainya…>>

 Kenapa berazam sedemikian???

1)      Sahabat adalah anugerah daripada ALLAH yang sangat bermakna..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 63:

((وألف بين قلوبهم لو أنفقت ما في الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم إنه عزيز حكيم))

Yang bermaksud: Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa dan Maha Bijaksana..

2)      Sepertimana Rasulullah SAW mengasihi sahabat-sahabat Baginda dan sebagaimana sahabat-sahabat mengasihi dan mencintai Baginda Rasulullah SAW..
Di sini saya selitkan kisah cinta sahabat terhadap Rasulullah….semoga menjadi teladan buat kita semua..


Cinta Sahabat Pada Rasulullah SAW

Sayyidina Bilal ra, muadzin Nabi SAW, seorang yang asalnya budak dan sekarang kita panggil sayyid (tuan) karena kemuliaannya menjadi sahabat Muhammad SAW.
Setelah wafat Nabi SAW, ia pun meninggalkan kota Madinah, karena merasa tidak mampu untuk tinggal di kota Nabi – tanpa sang Nabi. Selang beberapa waktu setelah tinggal di kota tujuannya, beliau memimpikan Rasulullah SAW yang mengisyaratkan untuk kembali ke Madinah. Maka beliau pun kembali ke Madinah.
Setibanya di Madinah, disambut oleh sayyidina Abu Bakar Shiddiq ra dan memintanya untuk kembali menjadi muadzin di kota Madinah sebagaimana dulu ia adzan untuk Nabi SAW. Beliau menolak,
“Tidak akan saya adzan selain untuk Nabi SAW,” katanya.
Sayyidina Umar ra pun memaksa dan Bilal menolak. Sayyidina Ustman dan sayyidina imam Ali ra memaksa dan beliau masih menolak.
Maka pulanglah Sayyidina Ali dan membisikkan kepada kedua anaknya, Sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain, untuk meminta Bilal adzan di Madinah. Maka ketika sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain meminta Bilal untuk adzan, beliau berkata,
“Bagaimana saya menolak permintaan yang disampaikan dari lisan yang pernah dikecup Nabi SAW.”
Datang waktu shalat. Bilal naik ke atas mesjid, lalu mengumandangkan:
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Sebagian sahabat di Madinah yang tidak mengetahui kedatangan Bilal tersentak kaget, lalu bergembira, seakan terbangun dari mimpinya,
“Ada Bilal berarti ada Nabi SAW,” mengharap wafat Nabi SAW cuma mimpi.
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Bergegas seluruh penduduk Madinah. Mereka keluar dari rumah mereka dengan hati bergetar penuh kerinduan.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH
Mereka menuju masjid Nabi SAW, melihat Bilal.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH
mencari Rasulullah SAW
dimana…?
mana…?
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
Gemuruh isak tangisan kesedihan kerinduan para sahabat di kota Madinah. Bilal pengsan, tak meneruskan adzannya.
Yaa Muhammad…!
hanya Bilal….
Mana Muhammad SAW…?
Di hati mereka, para sahabat, selalu hidup menyinari hati dan keimanan mereka dan di hati para sholihin, pencinta Muhammad SAW, bahkan selalu bersama mereka tak terpisahkan…
Subhanallah hebatnya cinta mereka..!!









AKU MENGASIHIMU SAHABAT-SAHABATKU… <3

That’s my dream and I wish it becomse true…semoga menjadi iktibar bersama dengan apa yg saya kongsikan..kerana bukan sekadar diri saya,tetapi saya juga ungin mengajak sahabat2 semua mengasihi sahabat2 kita…apa yang penting, kita sebagai hamba wajib berusaha ke arah mencapai kegemilangan dalam hidup dan bertawakkal setelah berusaha…
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159:
((فاذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين))
Maksudnya: Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal..akhir kata salam ceria dari saya dan tingkatkan semangat kepimpinan dalam diri anda…<peace>
Saya tag 3 sahabat:
1.ibnufathani
2.nur masyur 1413
3.Bintu Rahman.
(cukup-cukup ja friend kt blog nie pon,hehe)