Tuesday 15 March 2011

Assalamualaikum..
alhamdulillah, pertama sekali, syukur kpd Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua mengharungi dunia fana yang penuh ranjau dan liku..Anyway, welcome to my blog..as a new blogger, there are too much things that i've to learn..^_^

5 hari ana bersama Kem Anak Soleh yang baru selesai semalam, alhamdulillah banyak benda baru yang ana dapat..ada yang pahit dan ada yang manis. Itulah pro dan kontra dlm kehidupan nie..sebagai Khalifah Allah, kita mesti diuji..

Namun, apa yang ana ingin kongsikan di sini bersama sahabat-sahabat semua, ana rasa kemanisan ukhwah yang ana dapat dalam perjuangan nie sangat manis dan ana pasti ia bukanlah sesuatu yang mudah dilupakan..ALLAH..

Selama ana bersama dalam KAS, ana lupakan sementara kuliah ana..walaupun ada suara-suara yang tak sedap didengar, tapi bagi ana, ia suatu pengorbanan..As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pada suatu ketika dahulu mula melibatkan diri dalam perjuangan ketika mana beliau masih seorang pelajar..semua tu bukan halangan, semua terletak pada diri kita sendiri..lagipun, ana lebih suka menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah.. Bukankah itu lebih baik dari kita membuang masa dengan benda-benda tak berfaedah??



Ana yakin dengan janji-Nya..
يأيها الذين ءامنواان تنصرواالله ينصركم ويثبت أقدامكم
" wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " (surah Muhammad:7)

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, yakinlah dengan janji-Nya dan letakkan Allah di hati kita...


Diceritakan bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

“Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya..Allah2..




Ana rasa sampai sini dulu perkongsian ana..moga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberi pertolongan oleh Allah dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya..~salam mahabbah fillah~

No comments:

Post a Comment